
|
Novel : Mellisa
Wednesday, 28 November 2012 • 19:32 • 0 comments
" Mellisa!!!! ", jerit Aina yang sedang memasak di dapur. Dia sangat pelik dengan perangai sahabtnya itu. Selalu sangat terperap dalam bilik. Entah buat apa dalam bilik tu. Aku yang memasak ni tak nak di tolongnya pun? Nasib nasib dapat kawan macam ini rupa.
" Ya, aku datang!!!! " , jerit Mellisa Adriana Sofea Bt Faiz kembali. Dia kelam kabut turun ke bawah dan menuju ke dapur.
" Hah, nak apa Aina? Yang kau jerit-jerit ni apasal? ", tanya Mellisa sambil memadang Aina yang sedang mengacau lauk di atas dapur itu.
" Kau yang terperap dalam bilik tu apasal? Tolonglah aku masak ni. ". Jawab Aina Farina Bt Azlan tu.
" Tadi aku baca novel dan aku tertidur. Maaflah Aina. ". Mellisa membalas dengan kesal. Dalam fikiran dia sedang memikirkan sesuatu.
" Yelah, yelah. Eh, kau pergi ambil nasi tu dan ambil pinggan sekali. Kejap lagi kita makannya. " pinta Aina.
" Ok. " jawab Mellisa dan meneruskan kerja yang diberikan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
" Hai Mellisa. "
" Hai Faris. "
" Nak pergi ke mana tu? " Mohd Faris Azlan. Kekasih Mellisa sejak di bangku persekolahan dan kini di universiti. Dia bersyukur kerana satu universiti dengan Mellisa.
" I nak pergi cafe. Nak ikut tak? " ajak Mellisa kepada kekasihnya itu sambil membetulkan rambutnya.
" Jomlah sayang. I pun lapar. You belanja ke I belanja? " tanya Faris.
" Hmmmm. Apa kata I belanja you. Selama ni kan you je belanja I. " Mellisa menjawab.
" Ok. Baiknya makwe I ni. " kata Faris sambil memegang tangan Mellisa untuk menuju ke cafe.
" Selama ni I tak baik ke? " duga Mellisa.
" Baik sikit lah. "
" Oh, tak apa. Tak nak kawan. " kata Mellisa sambil cuba menarik tangannya.
" Alah, merajuk pula. Sorrylah. You tak payah belanja I lah. Biar I belanja you. Then, kita pergi jalan-jalan. " Faris cuba memujuk sambil tangannya mencuit hidung Mellisa.
" Hmmm, you ni tahu je nak pujuk I. Ok, jom. ". Jawab Mellisa.
Bersambung..........
|
Owner
![]() Walkie Talkie
Can you klik that? Please help me. My Status
History D' Credits
|

