fantasy world
Jom Sambung Belajar!
Sunday, 15 December 2013 • 14:48 • 0 comments

Assalamualaikum w.b.t. Happy Sunday elibadi. Ya, sangat bobobobosan. Tak tahu nak buat pada hari Ahad yang sungguh indah permai ini. Umi pergi ke Kuantan untuk menjemput nenek supaya balik ke Klang semula. Oh yeahh! Kalau awak semua nak tau saya ni tak berapa nak rapat dengan nenek sendiri. Believe me now or you can get out now! Pelik kan? Yelah masa kecil dibesarkan oleh orang lain iaitu jiran sebelah rumah yang berbangsa Cina tetapi dia dah pindah ke tempat lain dan dibesarkan oleh seorang ibu yang mempunyai 4 orang anak. Seorang daripada anak dia tu sama umur dengan saya. Masa kecil-kecil rapat juga dengan sehingga selalu gakk lah main piat telinga gaduh kertawa dengan budak tu tetapi sekarang tak lagi. Eh, budak lelaki tu dah lepas tahfiz tau so nak bergaul dengan dia pleaselah kau kena fikir 1000 ribu kali tetapi tak salahkan untuk berkawan? Dan disebabkan itu saya tak rapat dengan nenek saya. Oh, itu belah umi. Kalau belah ayah saya rapat k tetapi nenek dah pergi selama-lamanya. Masih teringat suara arwah menjaga saya time saya demam dan bagi saya makan. I really really miss her. Al-fatihah for her.

 

Do you see that? Ya, mean for that is education? Am I right? Semua orang nak sambung belajar tetapi tak tahu nak ambil jurusan apa, berapa kos, dekat mana, family, sesuai ke tidak dan pelbagai macam masalah. Saya? I? Me? Mine? My? Memang nak sangat belajar wehh. Semalam punya cerita, saya telah terdetik untuk buka website universiti. First website saya buka adalah Unisel atau Universiti Industri Selangor. Hmmph kakak saya menuntut di situ. Ok saya akan cerita macam manalah kakak saya boleh masuk situ tetapi saya tak berapa nak tahu sangatlah sebab saya ni kan budak asrama. Budak asrama? Dah jadi bekas dah pun. Ok foinee. Back to story! Kakak saya tak apply pun Unisel ni sebenarnya. Dia apply benda lain. Pada hari apa ntah surat from Unisel datang ke rumah. Ayah saya call lah Unisel nak tahu juga apa jurusan yang kakak saya ni dapat. Unisel bilang kakak saya dapat engineer. Electrical Engineering! Wahhh! Time tu juga kakak saya sedang belajar di kolej swasta GMI dalam jurusan bio apa ntah. So kakak saya pun fikir panjang sebab nak accept this dan akhirnya setuju. Now kakak saya dah sem ke-2 dan tengah exam sekarang. Wish her luck. 

Persekitaran U? I think it is awesome U know. Unisel ni memang kampung but who care? Pendapat sayalah kan, belajar dalam suasana kampung adalah the best this! Yelah saya kan belajar pun di kampung tetapi saya ni dekat bukit dan kakak saya tidak. Persekitaran Unisel memang cantik wehh. Ada tasik buatan orang yang besarlah juga. Tetapi dia punya asrama bukan main jauh nun di belakang sana hah!  Tetapi ada juga transport yang disediakan. So tak payahlah mu nak risau. Kakak saya pergi dan balik pun dengan kereta. Kereta sendiri. Untunglah 18 tahun dan pegang stering serta kereta tu pun dia yang punya. So jealosy. Kakak saya cerita dia punya universiti-mate pun bawa kereta tetapi kereta berjenama. Kereta Lamborghini. Hmmm, telan ayak liur nang. Ok sekarang kau nak belajar atau nak tunjuk kereta? For me too kereta tu memang penting tetapi nak belajar tak payahlah bawa kereta memahal. Unisel ni memang Selangor yang punya dan orang lain daripada negeri lain pun boleh menuntut di situ. Korea people pun ada! Gila bukan? Tetapi itulah realiti. Saya rasa kan Unisel ni pun macam untuk kemahiranlah. Rasa je tau!


Saya? Saya memang nak sambung belajar! Still fikir nak ambil jurusan apa, dekat mana, bayaran macam mana, family dan macam-macamlah kena fikir. Ayah saya pula macam nak sangat anaknya ni ambil bidang komputer tetapi ramai juga yang cakap komputer ni pasaran kerja dia ciput. Then hati ni nak juga sambung jurusan maskom ke dan perhotelan. Maskom ni bukanlah nak sangat tetapi macam nak belajar selok belok orang seni tu macam mana. Bukan seni je tetapi macam-macam lagi boleh buat daripada jurusan ni. Perhotelan? Siapa yang tak nak kan? Perhotelan ni ada senang dan ada susah. Kalau perhotelan ni saya tak mau lah duduk dekat kaunter pendaftaran ke apa, saya nak kerja dalam pejabat hotel. Wahh, syoknya perasan. Atau saya sambung je bidang saya yang saya ambil di sekolah vokasional tu. Bidang teknologi pejabat. Saya dah macam bosan juga dengan bidang ni tetapi dah dididik selama 2 tahun dalam bidang ni takkan saya nak biar sia-sia kan? Takkan nak buat tak tau apa yang saya belajar? Nak jadi kerani atau setiausaha? Ya, itu minat saya tetapi dengan keadaan sekarang ni ada ke lagi peluang? Ada ke? Fikir billion-billion kali wehh. Apa-apa pun kalau result saya ok mesti saya apply U dalam jurusan yang saya minat dan dapat menebusi pasaran kerja.

Yang paling penting jangan bencikan ilmu dan belajarlah bersungguh-sungguh. Tuntutlah ilmu sampai ke negara China.
Till meet again. Assalamulaikum, xoxo.


PAST • FUTURE
Owner
Hello! Hai! Assalamualaikum.
Enjoy yourself in my blog.

Walkie Talkie




Can you klik that? Please help me.

Thank you for leaving something.
My Status
Saya rindu sekolah.
History

  • New Look.
  • Hanya.
  • Tunang. Kahwin. Cita-cita.
  • Kuantan.
  • Helaaaaaaaaa
  • Holiday
  • Salam Lebaran.
  • Kenangan KVKK 2
  • Kenangan KVKK 1
  • Perubahan.

  • D' Credits
    Basecode : Inspirit's Baby
    Template : Alia Eyra
    Header by : Alia Eyra