Terlebih dahulu, tak payah nak bajet orang putih sangat. So totally post dalam blog ni memang ditaip dalam bahasa melayu. Adalah sikit olang putih di situ tetapi sikit ajo. Minta maaf sangat-sangat.
Siapa aku? Aku adalah Myra, Adik, Halyda atau Sena. Ok sebenarnya nama aku adalah Nurhalyda Amyra Binti Hartawan. Aku lahir ke dunia 16 September 1996 jadi kau orang tahu kan umur aku berapa? Aku ni pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sementa, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kapar Indah dan Sekolah Menengah Vokasional Kuala Klawang atau sekarang Kolej Vokasional Kuala Klawang. Nak tahu tempat tu? Google kan ada!
Actually blog ni tentang kehidupan aku dan perkara di dunia ini. Ayat dalam blog ni pun masih kebudak-budakkan sebab belum berkembang lagi sepenuh. Harap kau orang enjoy berada di dalam blog aku dan jangan buat perkara yang tak baik. Aku tak nampak tetapi Allah Maha Mengetahui dan Allah Maha Melihat.
2012 is very fun, more happiness, more sadness, more drama, more acting and more more more more lover. I'm just crying right now. Saya tak mahu 2012 berakhir dengan sia-sia. Ya, tahun ni adalah tahun yang paling terbaik seumur hidup. Tidak-tidak, tahun sebelum-sebelum ni terbaik juga tetapi tahun ni paling terbaik. I'm replying my word. Tahun yang mengajar erti kerinduan, persahabatan, permusuhan, persekolahan dan bersabar menghadapi masalah dan semua hal.
Hmmm, buat pertama kali atau kali pertama masuk ke asrama memang sangat frust walaupun kehendak diri sendiri dan memang nak pindah disebabkan oleh persahabatan yang saya mahu jaga. Yeah, ramai yang tak tahu sebenarnya apa sebab yang saya nak pindah sangat. Saya juga rela tau pergi ke pejabat sekolah seorang diri time waktu persekolahan nak minta tandatangan cikgu situ dan sana sebab nak complete my document pertukaran sekolah. Ayah berusaha mendapatkan sekolah untuk saya dan berjaya. Rela ayah dan ummi tinggalkan kerja mereka untuk membawa saya ke sekolah berkenaan dan memohon bersekolah di sekolah tersebut. Dan akhirnya saya dapat. Alhamdulilah, terima kasih Allah.
Sebenarnya Ummi berat nak lepaskan saya pergi. Ya, sebelum-sebelum ni dalam segala hal dan kerja rumah saya, Ummi yang tolong. Termasuklah mencari baju dan seangkatan dengannya. Memang Ummi sibuk tetapi keperluan dan kehendak anak mereka yang dua orang ni tak pernah ditinggalkan. Saya akui, kadang-kadang saya terlupa kebaikan Ummi sampaikan saya sanggup melawan. Melawan Ummi bukan dengan cara kasar tetapi dengan benda lain. Hal tersebut tak payahlah saya cerita kan. Dari mata saya, Ummi memang menepati janji untuk bagi apa yang anak dia minta. Walaupun lambat. Tetapi dalam hal pendidikan anak-anaknya, Ummi memang sangat risau.
Ummi tak nak lepaskan saya pergi sebab dia nak saya belajar depan dia. Dia nak saya pergi tuisyen. Memang dari kecil saya tuisyen tetapi kalau masuk ke asrama maybe tak tuisyen kerana kita orang ada prep aka kelas malam. Ummi pernah menangis kerana saya pindah. Dia risau sebab saya tak tahu buat itu dan ini. Dan bila duduk di asrama, saya akan menelefon Ummi. Saya telefon Ummi setiap hari dan menyatakan saya nak pindah balik ke sekolah lama. Ayah pergi ke sekolah lama dan cikgu di sana cakap boleh tetapi kena masuk kelas last. Saya tak nak. So, Ayah pergi jumpa pengetua dan pengetua mengajar ayah pula. Kenapa pengetua sekolah lama saya tolak? Saya tengok pengetua sekolah lain terima je kalau bekas pelajar nak masuk balik ke sekolah berkenaan. Hmmm, Ummi cakap belajar jelah dekat situ, bukannya lama pun.
Apa yang Ummi cakap tu betul. Saya boleh mendidik diri sendiri supaya enjoy di asrama walaupun ada masalah sekali pun. Ya, Saya banyak kali balik ke rumah. Sebab saya tension. HAHAHAHA Nampak tak yang saya homesick? Itu salah satunya. Alasan nak balik rumah ketika itu adalah nak lari daripada masalah yang datang dengan dorm-mates. Saya yang cari masalah sebenarnya. Dan bila saya cari masalah, dormmates saya tak jemu nak nasihat. Memang kitaorang tak pernah bercakap antara satu sama lain bila saya mendatangkan masalah tetapi tak lama pun kitaorang bermasam muka. Saya rasa dengan adanya Fazira Mazlan, semua hal dalam dorm jadi indah-indah belaka even kitaorang mengalami pelbagai masalah. Saya tak ambil tahu sangat pun hal asrama tetapi saya akan pasang telinga juga. Gila ke apa, hal dorm sendiri taknak ambil tahu kan? HAHAHAHA
Kebanyakkan aktiviti saya tahun ni kan, banyak di asrama, dengan kawan-kawan, dengan dormmates, dengan surau dan aktiviti berfaedah. Nasib baik puasa pertama di rumah dan puasa-puasa yang lain di asrama. Dormmates saya pernah cerita yang dia pernah first puasa dekat asrama. Huh? If saya dah lama dah buat surat nak balik rumah. KAHKAHKAH. Raya tahun ni pun macam bestlah juga. Duit raya tahun ni lebih sikit sebab Nenek bagi duit raya. Dia cakap saya still sekolah. Nak tahu nenek saya bagi berapa? Eh eh eh, dia bagi RM 100. Gila banyak tu kau. Ummi pernah cakap yang nenek saya ni jarang sangat nak bagi orang duit banyak-banyak tetapi dia tak berkira langsung dengan saya dan kakak. Sayang Nenek. Sebenarnya banyak benda lagi saya nak cerita di post ni tetapi disebabkan 2012 ni banyak sangat yang saya lalui dan kalau diceritakan juga dalam post ni mungkin akan bertambah panjang. Ada ke orang yang nak baca post panjang lebarkan? Kalau ada bagitahu! Nanti saya menaip post yang lagi panjang lebar. :)
Fakta semasa saya menaip post ni :
Post ini ditaip pada pukul 1 pagi sehingga pukul 2.45 pagi. Disebabkan ayah tutup wireless, so saya terpaksa copypaste dan menyudahkan entry ni di notepad laptop and finally this post it's done.
Menaip dalam keadaan mata yang pedih sebab terlalu mengantuk.
Air mata pula turun ketika menaip part touching tu.