fantasy world
Mencari buah-buahan.
Monday, 3 December 2012 • 16:15 • 0 comments
Assalamualaikum.


Fuhhhh. *tiup blog yang berhambuk.* Hello Monday. Hmmm, sedar tak sedar kita dah masuk bulan December. Hai December. Be nice to me okay! Siapa suka makan buah? Especially Durian. Siapa suka Durian? Saya tak suka ok! Tetapi saya makan 2 atau 3 ulas je. Lepastu kalau bubur kacang hijau with durian saya suka. Saya tak tahulah nampak saya tak boleh durian tetapi kalau durian tu dimasukkan ke bubur saya makan. Peliksss.

Actually, hari Sabtu minggu depan saya dan keluarga telah pergi ke Benda, Pahang. Pak cik dan mak cik saya suruh pergi rumah mereka untuk makan buah-buahan. Awhhh, ini olang sangat suka meh. Kita orang gerak dalam pukul 2 petang macamtu. Lambat kan? Mak saya pergi cabut gigi dulu masa tu. Then, baru gerak. Perjalanan mengambil masa selama 4 jam. Dalam kereta saya tidur sebab saya pening. Jalannya belok belok belok belok. Nasib baik tak muntah.

Pukul 6 petang sampailah ke rumah pak cik dan mak cik saya. Datang-datang je saya dah nampak rambutan berwarna kuning. Awhhh, so yummy and juicy. Then bersalam-salaman dengan nenek, pakcik makcik dan sepupu saya yang awesome. Awesome ke? Yelah. Saya tak lupa yang saya boleh mengadam rambutan sebakul ok. Tak lah habis tetapi kerap jugalah tangan saya ambil dan menyumbat rambutan ke dalam mulut. Ayah dan mak saya sibuk makan durian tetapi saya tak makan pun. Langsung tak makan. Tekak memang nak rasa tetapi tak tahu kenapa saya tak makan. 

Malam tu lepak-lepak with my cousin. Saya tak sangka saya dah jadi mak saudara. Yes, kak de saya dah ada anak. Anaknya umur 2 tahun maybe. Saya panggil anaknya Aqilah. Mula-mula jumpa memang sombong tetapi dah lama-lama oklah. Boleh pula dia pukul-pukul aku! Sakit tahu. Nasib baik dia kecil lagi kalau tak, aku tak tahu apa yang akan terjadi. Masa tu juga ada perlawanan Malaysia VS Indonesia. Alhamdulilah, Malaysia menang 2-0. It's great. Dah habis bola, tengok Mastercheff pula. Tahniah kepada Kak Izyan kerana menjuarainya. Why Etiqa and Ammar not go to final? Hmmmm.

Balik Klang ayah dan umi bawa balik durian, rambutan, manggis, dukong dan meciku. Banyak kot. Semua ambil dari dunsu makcik pakcik saya. Dusunnya belakang rumah mereka sahaja. Depan rumah mereka banyak pokok rambutan. Rambutan warna merah. Awak, pergilah punggut untuk saya? Nanti saya bagi awak limapuluhsen. Then, balik Klang dan terus ke rumah Abang Ngah saya. Ini keluarga belah ayah saya. Mereka telah dijamu oleh ayah saya makan durian. Duriannya dalam 50 biji dan habis. Hmmm, nasib baik cukup-cukup. Kalau tak cukup, kesian mereka kan?

* annoyingnya muka*
Bercintalah dulu dengan Allah SWT dan Keluarga. Then, barulah cinta sesama Manusia. :)
Bye, see gain. :D


PAST • FUTURE
Owner
Hello! Hai! Assalamualaikum.
Enjoy yourself in my blog.

Walkie Talkie




Can you klik that? Please help me.

Thank you for leaving something.
My Status
Saya rindu sekolah.
History

  • Contest Saya sayang kamu, Sahabatku !
  • Lempeng.
  • Please.
  • Novel : Mellisa
  • Laman Sosial.
  • Awak !
  • Masih wujud.
  • Contest " I Choose To Wear Hijab ".
  • Selamat Hari Jadi Sayang.
  • Hi-Tea with 4 PPJ

  • D' Credits
    Basecode : Inspirit's Baby
    Template : Alia Eyra
    Header by : Alia Eyra